PEKAN SEHARI TEMERLOH
LOKASI :Pahang
INFO LOKASI :
Persisir Jalan Lurah Semantan, Temerloh Berhampiran Sungai Pahang
WAKTU : Setiap Ahad dari 6.30 pagi – 2.00 petang
Temerloh dipenuhi dengan orang ramai, yang datang dari kawasan sekitar daerah dan juga dari negeri luar yang melalui Lebuhraya Pantai Timur. Pekan Sehari ini merupakan Pekan Sehari terpanjang dan terbesar di negeri Pahang. Segala keperluan dapur boleh didapati di sini. Disamping itu pengunjung juga boleh menikmati keindahan Sungai Pahang di sepanjang laluan Pekan Sehari ini.