KLINIK DESA FELDA LAKUM
Jadual Operasi
Hari / Masa | 8.00 am – 10.00 am | 10.00 am – 2.00 pm | 2.00 pm – 5.00 pm |
Isnin | Klinik Bersepadu | Rehat | Klinik Bersepadu |
Selasa |
Klinik Bersepadu | Rehat | Klinik Bersepadu |
Rabu | Klinik Bersepadu | Rehat | Klinik Bersepadu |
Khamis | Klinik Bersepadu | Rehat | Klinik Bersepadu |
Hari / Masa | 8.00 am – 12.15 pm | 12.15 pm – 2.45 pm | 2.45 pm – 5.00 pm |
Jumaat | Klinik Bersepadu | Rehat | Klinik Bersepadu |
*Sabtu | Cuti | Cuti | Cuti |
*Ahad | Cuti | Cuti | Cuti |
* Kecuali kes kecemasan dan bersalin
Klinik Desa Felda Lakum dikendalikan oleh dua orang Jururawat Masyarakat :
1) Puan Nor Aliza
2) Puan Nur Rahimah
Jururawat Klinik Desa Felda Lakum menyediakan rawatan dan perkhidmatan utama kepada wanita hamil, wanita yang sedang berpantang, bayi dan peneroka-penerokawati yang mengalami sakit-sakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit ringan. Klinik Desa menyediakan ubat-ubatan untuk sakit-sakit biasa seperti demam, selsema, batuk dan sakit kepala. Para isteri yang memerlukan rawatan untuk perancangan keluarga juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Klinik Desa secara percuma. Jururawat masyarakat juga akan datang ke rumah mana-mana ibu yang sedang berpantang untuk melakukan pemeriksaan berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sebarang penyakit serius dan kecemasan haruslah dirujuk dengan segera di Klinik Kesihatan Lanchang yang hanya jarak 17km dari Felda Lakum. Namun begitu, sekiranya pesakit mempunyia kesukaran untuk pergi ke Klinik Kesihatan Lanchang, Jururawat Masyarakat bersedia menghantar pesakit dengan menaiki ambulans terutama bagi pesakit yang tenat. Jururawat Masyarakat sentiasa bersedia 24 jam untuk membantu pesakit yang memerlukan rawatan segera.
Hubungi :
No Pejabat Klinik Desa Lakum : 09-2804395
Puan Nor Aliza : 014-2142942
Puan Nur Rahimah : 013-9692007