Nama : Nor Farisha Amylia |
Latar belakang
Butik kecantikan NUR MAHSURI BEAUTY (CT0039716-H) telah ditubuhkan pada 10 Januari 2011. Butik ini telah beroperasi pada 2 Mei 2011 dan mempunyai tiga orang pekerja dimana dua orang pekerja berkelulusan Holistik Spa Aromaterapi SKM 3. Motto syarikat “ kecantikan anda keutamaan kami” dipilih kerana menjaga kecantikan adalah sifat semulajadi seorang wanita dimana ianya sentiasa menjadi tunjang kehidupan dalam diri setiap wnita dari pelbagai peringkat umur. Oleh itu, butik ini akan sentiasa memberikan perkhidamatan yang berkesan dan khidmat nasihat dalam bidang kecantikan bagi memastikan pelanggan butik ini akan sentiasa tampil cantik, sihat dan menawan.
Butik ini turut menawarkan harga pakej menarik kepada pelanggannya. Setiap pelanggan boleh mendapatkan
potongan harga menarik untuk rawatan pelangsinagn dan perwatan wajah tertakluk kepada maslah yang dihadapi pelanggan tersebut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM 1000- RM 15000 sebulan. Selepas itu, pendapatannya
bertambah menjadiRM3000- RM 3500 sebulan dan juga bertambah mengikut musim, seperti musim perayaan
dan juga cuti sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, beliau telah banyak menyertai kelas ICT yang
dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Lakum. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Ofiice di mana petugas
beliau diajar bagaimana untuk membuat risalah dalam mempromosikan perniagaan di samping diberi tunjuk ajar
untuk mempromosikan di facebook miliknya. Beliau juga memanfaatkan setiap kemudahan yang ada untuk
menguruskan perniagaannya.