Nama : NUR ADLINA BINTI MOHD REZUAN |
Latar Belakang
Nur Adlina Binti Muhd Rezuan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menetap di FELDA Lakum, Pahang.
Walaupun sibuk dengan rutin harian sebagai isteri dan ibu, Adlina sentiasa mencari peluang untuk menjana pendapatan dari rumah. Dengan minat yang mendalam dalam bidang masakan, khususnya pembuatan kek, Adlina mula menceburi dunia perniagaan dari rumah dengan menghasilkan pelbagai jenis kek yang menarik dan lazat. Antaranya termasuk kek coklat moist, kek cheese leleh, kek marble, dan kek ulang tahun yang dihias cantik mengikut permintaan pelanggan.
Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI
Sebelum menyertai kelas keusahawanan di NADI FELDA Lakum, Perniagaan hanya dilakukan secara kecil-kecilan, sekadar memenuhi tempahan dari jiran, saudara-mara, dan rakan terdekat. Tidak mempunyai pengetahuan tentang penjenamaan, pengurusan kewangan, atau strategi jualan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas aktif mengikuti pelbagai kelas keusahawanan dan ICT yang dianjurkan oleh NADI FELDA Lakum Puan Adlina dapat mempelajari kemahiran pemasaran digital, penjenamaan, pengurusan kewangan, atau strategi jualan


