Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Felda Lakum
Pusat Internet 1Malaysia adalah program yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia (TM) dan MSD Digital Inteligence Sdn Bhd.
Pusat Internet 1Malaysia Felda Lakum adalah Fasa Felda dimana sebelum ini Pusat Internet ini telah beroperasi di kawasan Bangunan Koperasi Felda Lakum dengan nama Pusat Internet 1Malaysia Felda Lakum.
Setelah mengambil kira keadaan sekitar Pusat Internet 1Malaysia Felda Lakum yang perlu diperluaskan bagi memudahkan komuniti untuk membuat sebarang aktiviti, maka pada hujung tahun 2015, bangunan lama Balai Raya Felda Lakum telah dipilih bagi keperluan tersebut.
Selain daripada itu, kawasan yang berhampiran dengan Dewan semai Bakti Felda Lakum dan Pejabat Gerakan Persatuan Wanita telah memudahkan lagi komuniti untuk datang berkunjung ke Pusat Internet kelak.